Apa itu gamifikasi?
Gamifikasi ialah penggunaan elemen permainan dalam aktiviti pembelajaran supaya murid lebih terlibat. Bukan sekadar "main game"; matlamatnya ialah latih tubi dan maklum balas segera dalam bentuk yang menyeronokkan. Game yang akan kita bina menggabungkan lima elemen ini:
Mata & skor
Ganjaran segera untuk setiap jawapan betul.
Nyawa
Ada risiko, maka pemain berfikir sebelum menjawab.
Pemasa
Cabaran masa membina kepantasan dan fokus.
Naratif / tema
Cerita (cth. pulau harta karun) memberi tujuan.
Lencana & tahap
Rasa kemajuan, seperti bar XP di atas.
Buka Gemini & aktifkan Canvas
- Log masuk ke gemini.google.com menggunakan akaun DELIMa / Google Workspace for Education anda.
- Di kotak prompt, klik ikon Tools (atau +) di bawah kotak teks.
- Pilih Canvas. Butang Canvas akan bertukar biru, maknanya hasil akan dibuka dalam panel sebelah yang boleh dipratonton.
Tulis prompt game
Prompt yang baik menyatakan format (satu fail HTML), kandungan (subjek, topik, bilangan soalan), tema dan elemen game. Isi borang di bawah dan salin prompt yang terhasil ke Gemini.
Menyalin prompt memberi lencana Juru Prompt π§
Uji & baiki game dalam Canvas
- Tunggu Gemini siap menjana. Panel Canvas akan menunjukkan tab Preview dan Code.
- Main game itu sendiri dalam Preview. Semak setiap soalan dan jawapan; AI boleh tersilap.
- Minta pembaikan dalam chat, satu perubahan pada satu masa. Contoh:
- "Soalan 7 jawapan salah, 6 Γ 8 = 48. Betulkan."
- "Besarkan butang jawapan untuk skrin telefon."
- "Tambah skrin tamat dengan butang Main Semula."
- Bila berpuas hati, teruskan ke Misi 4. Tak perlu salin kod, sebab Gemini boleh hantar game terus ke Google Sites.
Export terus ke Google Sites
- Di bar atas panel Canvas, klik butang Export βΎ.
- Pilih Google Sites. Notis "Creating Google Siteβ¦" akan muncul di penjuru kanan atas.
- Bila keluar "New Google Site created", klik Open Google Site.
- Google Sites dibuka dalam tab baharu. Nama laman sudah diisi automatik (cth. Treasure Hunter β Kunci Emas) dan game sudah siap dimasukkan. Tiada salin-tampal kod!
- Tunggu sehingga game habis dimuatkan dalam editor dan tertera "All changes saved in Drive" di bahagian atas.
Publish laman & buka akses Public
A. Isi alamat web
- Dalam editor Google Sites, klik butang biru Publish di penjuru kanan atas.
- Tetingkap Publish your site muncul. Di ruang Web address, taip nama pendek tanpa jarak, cth.
treasurehunterkunciemas. - Semak pautan di bawahnya, cth.
sites.google.com/moe-dl.edu.my/treasurehunterkunciemas. Inilah pautan game anda.
B. Tukar akses kepada Public
- Di bawah Who can view my site, tertera "Anyone at Ministry Of Education Malaysia". Klik MANAGE.
- Tetingkap Share dibuka. Di bahagian General access, biarkan Draft sebagai Restricted.
- Pada baris Published site, klik menu Ministry Of Education Malaysia βΎ dan pilih Public ("Anyone on the internet can find and open").
- Tunggu tulisan "Updatingβ¦" hilang, kemudian klik Done. Notis "Access updated" akan muncul.
C. Terbitkan
- Anda kembali ke tetingkap Publish. Pastikan Who can view my site kini tertulis Anyone.
- Biarkan kotak "Request public search engines to not display my site" tidak bertanda.
- Klik Publish. Tunggu "Publishingβ¦" sehingga keluar notis "Your site has been published successfully".
D. Buka & salin pautan
- Klik anak panah βΎ di sebelah butang Publish, kemudian pilih View published site.
- Laman yang sudah diterbitkan dibuka dalam tab baharu. Main sekejap untuk pastikan game berfungsi.
- Klik pada bar alamat pelayar dan salin pautan (Ctrl+C). Pautan ini diperlukan dalam Misi 6.
Hantar game ke Galeri Bengkel
- Buka laman Bengkel Projek Gamification (galeri game peserta). game.inovasisaya.my β
- Di kotak Hantar game anda, isi Nama.
- Isi Sekolah (pilihan).
- Isi Tajuk game, cth. Treasure Hunter.
- Klik ruang Link Google Site dan tampal (Ctrl+V) pautan yang disalin dalam Misi 5.
- Klik Hantar game. Tunggu "Menghantarβ¦" sehingga keluar "Game anda sudah masuk galeri!", dan kad game anda muncul di bahagian atas galeri.
Kuiz Akhir: uji kefahaman
Nyawa: πππ
Lencana
Masalah biasa & penyelesaian
Tiada pilihan "Google Sites" dalam menu Export
Pastikan game dibina dalam mod Canvas dan anda log masuk dengan akaun Google sekolah. Jika masih tiada, pilih Download code, kemudian di Google Sites guna Insert β Embed β Embed code dan tampal kandungan fail tersebut.
Saya ubah game dalam Gemini, tapi laman Sites tak berubah
Laman yang sudah dicipta tidak dikemas kini secara automatik. Selepas membuat perubahan dalam Gemini, klik Export β Google Sites sekali lagi, kemudian Publish laman tersebut dan kongsi pautan terkini.
Game terpotong atau ada bar skrol
Dalam editor Sites, klik kotak game dan tarik pemegang penjuru untuk besarkan. Anda juga boleh minta Gemini: "Pastikan game muat dalam ketinggian 600px dan responsif."
Bunyi tidak keluar
Pelayar menyekat bunyi sehingga pengguna klik sesuatu. Pastikan game bermula dengan butang "Mula" supaya bunyi diaktifkan selepas klik pertama.
Rakan tidak boleh buka pautan
Semak tetapan Share β Published site. Jika ditetapkan kepada Ministry Of Education Malaysia, mereka mesti log masuk dengan akaun DELIMa. Pilih Public untuk akses tanpa log masuk.
Tak nak guna Google Sites. Ada pilihan lain?
Boleh. Pilih Export β Download code, namakan fail sebagai index.html dan muat naik ke Cloudflare Pages (Workers & Pages β Create β Pages β Upload assets). Anda akan dapat pautan nama-projek.pages.dev secara percuma. Laman tutorial ini sendiri dihoskan dengan cara itu.
Gemini tak tunjuk pilihan Canvas
Ciri Gemini untuk akaun pendidikan bergantung pada tetapan pentadbir sekolah/negeri. Cuba log keluar dan masuk semula, atau minta bantuan cikgu anda.